Sunday 23 February 2014

AWAS! BAHAYA AIR KOSONG

Segelintir gologan ibu gemar memberi si manja minum air kosong dengan alasan mahu membilas lidahnya yang diselaputi kesan putih selepas menyusu. Malah ada yang memberi alasan untuk merawat jaundis yang dialami bayi yang baru lahir. Perbuatan sebegini sebenarnya boleh mengundang si manja kepada pelbagai risiko kesihatan dan apa yang paling teruk ia boleh meragut nyawa si manja anda.



Antara masalah-masalah yang boleh timbul jika bayi berumur 0 -6 bulan diberi minum air kosng adalh seperti berikut:
 
1. Mengancam nyawa - Air yang diberi mungkin mengandungi kuman dan bayi boleh terdedah dengan cirit birit jika amalan kebersihan tidak dititikberatkan.
 
2. Menghakis pelindung penyakit - Air kosong yang diberi akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu. Keadaan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jenis penyakit sehingga boleh meragut nyawa si manja anda. Ini kerana sistem imuniti yang dibina dirosakkan oleh amalan meminum air kosong yang berlebihan.
 
3. Menyebabkan Sawan Tarik - Bayi di bawah 5 minggu sangat berisiko untuk mengalami sawan tarik. Ini kerana pengambilan air yang terlalu banyak akan menyebabkan garam di dakam tubuhnya cair. Akhirnya akan menyebabkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik.
 
4. Merencatkan Tumbesaran - Perut bayi yang kecil apabila diberikan air menyebabkan bayi merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya bayi tidak mendapat nutrisi yang sepatutnya. Air kosong yang diminum tidak mempunyai apa2 jenis khasiat pemakanan. Secara tidak langsung boleh menyebabkan pertumbuhan dan kesihatan bayi terjejas.
 
5. Menjejaskan akal - Menurut pakatr Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang mengalami jaundis sehingga boleh menyebabkan masalah terencat akal.

Apabila melepasi 6 boleh bolehlah anada meberikan bayi anda minum air kosong tetapi dalam kuantiti yang sedikit kerana tidak mahu perut simanja anda kembung dan tidak mempunyai selera untuk makan. Selepas setahun pula bolehlah diberikan bayi anda meminum air kosng tanpa disekat lagi.

P/S: TAHUKAH ANDA SUSU IBU MENGANDUNGI 88% AIR???  Olehitu susuilah bayi anda sekerapnya kerana simanja tidak memerlukan air tambahan selain susu ibu yang penuh khasiat.

INGINKAN SET PENYUSUAN SHAKLEE dengan HARGA YANG ISTIMEWA??




BOLEH HUBUNGI SAYA DI NO INI
013-9843091
FAZILAZAHRA


 

No comments:

Post a Comment